Amazing Things is Here !

Tuesday 19 July 2011

Konsert Wali Band

one of the moment yang dapat touch hati crowd... he so sweet... :D may god bless that sister, pray for her ok! :) plus lgu baik-baik syg version english, tpi tang chorus je... <3

Settle Konsert Wali Band




 Alhamdulillah...everything go with the flow,just ada la skit2 masalah, biase la kan nothing is perfect.. 16 Julai 2011, di Stadium Tertutup Nilai. Konsert Amal 'Baik-Baik Sayang' dah pown berlangsung. Over all pe yang boleh kita conclude kan pasal konsert ni, Wali band ni actually bagus, diaorang pandai tarik crowd and then one thing yang totally amaze me, vokalis dorg memang mantap, suare mmg tangkap syadu punya, kita suka lagi dgr suara live die dari Record. Korang boleh nilai sendiri kalau dgr suara die live, dia nyanyi btol2 dari hati...Aduh.....! susah la nak describe.. Masa nyanyi lgu Baik-baik Sayang, vokalis (farhan) turun dekat crowd and one of them OKU, and then vokalis tu bagi dia nyanyi part 'hanya satu pinta ku di siang dan malam ku, baik-baik sayang............' sampai habis, pergh! touching ooo sore akak tu sampai ada yang nangis termasuk vokalis tu sendiri and yang menulis ni pown nangis.. :D 

Bukan nak bangga kan artis dari luar, tapi ni lah hakikatnya, lagu dorg untuk pengetahuan semua bukan lagu-lagu yang berunsur rock, metal atau apa-apa yang negatif, tapi sebaliknya, lagu yang penuh pengisian and penuh nasihat. Kita suka wali band <3 apa-apa pown let u guys yang sndri judge lagu-lagu dorg, jangan tak dengar lagi lpas tu kate yang bukan-bukan, tak elok macam tu. Semua ada taste masing-masing so kita enjoy ! CHILL & PEACE!

Monday 18 July 2011

RM 1 'JE' luak ke?

Some people might said 'well hello! my money is not for public' that was true, but can't u think for a moment that Allah bagi rezeki for us to spread that rezeki, kita manusia sama merasa, sikit sama sikit, banyak sama banyak. Sharing is Caring. i will share with u based on my true experience .

One day after balik dari bershopping sakan with my bff Alia and two other girls, we go and lepak-lepak sambil having our dinner at Pak Li Kopitiam Shah Alam, people who are know that place will know the situation. Sambil melantak, tegelak, minum-minum, Suddenly datang one poor auntie, dia datang dekat table and mintak sedekah, kita orang pown bagi sorang RM 1 and then auntie tu pown pergi table lain, after few minutes dtg lagi cute boy with his sister and pakai bju yg tak terurus, i give them RM 1. and then the same things happen makin lama kitaorang lepak situ makin ramai yg datang  mintak derma@sedekah, no need to mention how much i spend for that.

But a few days after that tragedy Allah je yang tau, one evening someone call me and said, 'syira free tak weekend ni? de job kat kuantan untuk birthday anak tengku kuantan' and i said, 'yeah sure, im free'. and then after few minutes phone bbunyi lgi, 'ko free tak bulan ni, aku ada job tok kau, ambik gamba orang btunang kat johor.' trus jawab 'yes, bole !' ltak je phone trus de lgi yang kol, 'kakak ayah ada masukkan duit nnti tengok ye', aku pown kate 'trima kasih ayh, i love u' tiba-tiba someone ketuk pintu, 'syira ada job kat hotel hilton nk join', 'bestnye 'mesti la nak join weh!'

Dalam bulan tu je, rezeki melimpah ruah, Alhamdulillah....i am not try to show off, tp just nak share with u olls' :) ...Renung-renungkan dan Selamat Beramal ..


OoOo sebelum terlupa Selamat Berpuasa Semua, May God Bless all of us. 

Wednesday 11 May 2011

Dimana Salah Anak Seni (2)

kite sambung balik pasal cerita ni, kalo korang yang tak bagi sokongan kat mereka ni siapa lagi? kalo dorang buat bende yang dluar jangkauan korang marah pulak, contoh nya kalau ada adegan yang kene berkemban and then pelakon tu pown berkemban la dengan selambanya, pecaye la cakap ak ni, besok da keluar paper heboh pasal artis melayu kita berlakon lepas tu nak carik publisiti murahan dengan berkemban bile ada scene-scene tertentu... dah itu watak yang die dapat, die just nak hidupkan watak die bukan nye ape pun, itu pown korang nak pertikaikan. Macam korang tengok cerita orang putih yang ko agong-agongkan sgt tu kan, (ye aku tau dorg owg putih mmg la boleh buat pe pun x de hal ) tapi bile di fikirkan balik, korang sbenarnye da over support industri hollywood tu, korang da buat dorang kaye and in the same time korang akan cakap "dah filem dorang bagus-bagus mmg la support kan", memang betul, tak ada salahnya cakap korang tu, tapi macam aku cakap la before ni, hidup ni perlukan sokongan bukan penindasan. Cube korang support industri tanah air sendiri dengan automatiknya de la semangat dorang nak buat keje and buat the best tok korang smue, lepas tu baru la balik modal tok buat filem yang lagi gempak from what u are expected. We all start from ZERO.

Aku suke tengok karya-karya alyarhamah yasmin ahmad, semuanya sempoi and selamba je, die jenis yang tak kesah pe orang nak cakap pasal cerita yang dibuat sebab apa yang penting is a message that she try to deliver to the audience and make people understand about the real life is. Macam contoh cerita yasmin ahmad Gubra, Sepet, Talentime and lain-lain lagi, semua cerita ni pasal kehidupan seharian kita, macam mana pemakaian orang sekarang and setiap watak yang die wujudkan semua ada mesej yang tersendiri. Aku betul-betul respect cerita-cerita hasil karya alyarhamah ni, semua nya berdasarkan realiti and bukan je rekaan untuk menyedapkan hati mana-mana pihak. Biar mulut lancang tapi jangan hati busuk.

Kritikan yang membina lebih penting dari kritikan yang menghancurkan, kalau ada pendapat suara kan, jangan simpan-simpan, setiap manusia yang bersuara tu sebenarnya manusia yang paling berani dalam dunia. Setiap orang de lain pendapat and aku sendiri pown tak pernah nak salahkan tanggapan orang terhadap anak seni itu sendiri, pikir la sebelum bertindak, allah dah bagi otak fikir, dah bagi mate tengok, dah bagi telinga dengar. Allah bagi setiap manusia tu keistimewaan yang tersendiri tinggal lagi kita pandai atau tak untuk hargai atau gunakannya.

Wednesday 27 April 2011

Dimana SALAH Anak Seni (1)

Assalammualaikum....... :D

Everybody have their own special gift from god, either you can handle it or not it depends to you because nothing is impossible in this world. Siapa lah kita, sebagai manusia biasa untuk menentukan hala tuju hidup seseorang dan dengan mudahnya menjatuhkan hukum kepada mereka yang hanya mampu membuat apa yang terdaya. Zaman semakin maju tetapi pemikiran manusia semakin cetak ditelan zaman, DUIT! memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia (masuk toilet pun kena bayar kan?).

Sebut saja atau tanya kan saja "awak kerja apa?", "awak belajar ambik course apa?" jika soalan ini di jawab begini "saya kerja sebagai penari atau pelakon atau apa saja", "saya belajar performing arts" ada antara mereka yang akan terus memberi respon begini "ada masa depan ke smua tu?". "sampai bila nak kerja macam tu?" ha........ini lah masalahnya masyarakat kita yang kurang pendedahan tentang pentingnya berkarya dan pentingnya wujud anak seni ini, kenapa? di kala adanya sesuatu majlis di hotel, di dewan atau dimana saja, mesti mereka ini yang akan anda panggil, untuk memeriahkan lagi majlis,contohnya untuk menari, bermain muzik atau yang sewaktu dengannya.(itu contoh untuk live show). Seorang pekerja biasa tengah stress dengan kerjanya atau hendak menghabiskan masa hujung minggu bersama kawan-kawan, tentu ada yang pergi menonton wayang atau lepak saja di rumah dan menonton rancangan-rancangan yang diminati. Sebenarnya semua yang korang tengah tengok tu, semuanya berkaitan dengan bidang hiburan atau seni. kalau tengok wayang, kat situ kita dah dapat lihat yang Pengarah sedang mengarahkan hasil karya seseorang penulis dan pengarah yang akan mencorakkan karya tersebut.(terpulang kat korang suka atau tidak cerita tu). Bukan itu saja, seni ni ada macam-macam seperti contoh, seni mempertahankan diri, seni menulis, seni ukir, seni lukisan, seni pentas dan macam-macam lagi, segala perkara ni perlu dibuat dengan menggunakan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.

Aku tak menyalahkan sangkaan atau pandangan mereka tentang anak seni, everything or anything that we have done have their own risk/ pro&con, tak semua perkara tu baik dan bagus. Cuba kita ubah sedikit atau berfikir sejenak, mungkin kah hidup kita akan lebih bahagia tanpa anak seni ini? siapakah yang akan mewarisi seni nenek moyang kita jika tiada mereka? dimana letaknya nilai sensitiviti kita terhadap isu kebudayaan negara? tak semua orang mampu berkarya dengan baik dan melahirkan rasa cinta mereka yang tulus terhadap seni. Ya! memang banyak yang negatif dari positif dalam seni ni, tapi kalau kita asyik memikirkan yang negatif memang itulah yang akan jadi. Bukan minta simpati atau belas kasih, tapi berilah sokongan kepada mereka yang berkarya atau mereka yang menceburkan diri dalam bidang hiburan.

Sokongan memainkan peranan yang penting untuk membakar semangat mereka supaya membuat yang lebih baik, menghina bukan jalan yang terbaik kerana diorang balik yang akan bakar hati korang yang mengkeji mereka dengan melakukan sesuatu diluar jangkauan korang. Seperti................(bersambung...) 

Thursday 21 April 2011

Siapa Nak Jawab ?!







vs

Semalam, aku tengah seronok tengok cerita yang sekian lama aku nanti kan (siap tulis note untuk remind ak tengok cerita tu ) cerita english tajuk BEDAZZLED, cerita tu best! memang cerita tu dah lama (sejak-sejak aku study tu dah jarang tengok tv), so aku pown tengok cerita tu dengan penuh semangat.. (Cerita tu mengisahkan tentang perjanjian manusia dengan manusia yang teringin menjadi terbaik dari orang lain) Genre cerita ni boleh dikategorikan sebagai komedi tapi x sepenuhnya komedi la.. Sedang aku bersemangat tengok tiba-tiba ada suara dibelakang "ish! da 2 hari aku tak tengok cerita indon tu" rupanya ibu aku yang bersuara, ibu terus duduk sebelah aku dan dengan selamba nya menyambar remote tv yang ada dekat tangan aku, lepas tu picit la channel kegemaran dia 105, cerita SAFA & MARWAH. Hanya tuhan yang tahu macam mana menyirap nya aku time tu (nasib baik la itu ibu aku, kalo adik aku dah lama....ahaha)

Lepas beberapa minit ibu aku tengok cerita tu, lepas tu iklan, aku pown cakap "tukar kejap cerita akak tadi balik" ibu pown tuka, tak sempat aku tengok cerita tu sampai iklan sekali lagi ibu berbunyi "urmm...bukannya selalu aku dapat tengok tv, waktu-waktu macam ni la aku nak tengok tv, tapi asyik nak tengok cerita kau je" aku sentap dengan kata-kata tu, aku pown ambik remote dan tukar balik channel yang ibu nak tengok tu. (dengan rasa hampanya angkat lappy dan terus masuk bilik.) dalam bilik, kepala otak aku dah mula berfungsi (berfikir) ibu kata sebelum ni cerita tu macam bodoh, sebab banyak betul benda yang tak langsung logik dari pemikiran manusia (biasa lah kan cerita indon asal boleh episod sampai beribu-ribu pown tak pe) tapi ibu boleh layan lagi cerita tu, adoi! tak paham aku (sepatutnya episod 1-3 tu boleh d'compress jadikan 1 episod pown bole)

Sekarang siapa nak jawab?! cakapnya lain, buatnya lain.................. (sabo je la sen! kite bako!!)

Alamak, mana kereta aku!!

Hari ni aku pergi semua hotel yang ada kat seremban untuk survey tempat sebab tak lama lagi ada reunion dinner dengan budak-budak sekolah lama aku. Sekali aku sampai kat hotel Royal Bintang, aku pun carik parking dan memakingkan kereta aku, aku turun dengan selambanya tak tengok kiri kanan sebab aku sorang-sorang (takut) ...bila dah settle keje aku kat royal, aku pown turun, dengan selambanya juga jari aku picit LEVEL B1, (ting) dah smpai aku pown turun, tiba-tiba aku carik kereta aku tak ada, aku pown pusing satu tempat parking kereta tu, pas tu dengan pandai nya aku naik lif balik, mana la tau kalau-kalau aku kena naik lif yang mula-mula aku naik tu baru betul sampai kat tmpat kereta aku kan. Lepas tu aku tekan lagi LEVEL B1 (ting) dah sampai, aku tengok tempat yang sama jugak, aku pown berpusing-pusing carik kereta aku, bepeluh aku (ranap make-up ak) ahaha..macam nak nangis pown ye jugak.. Lepas tu aku pergi balik kat lif, agak lama aku berdiri kat depan lif, tiba-tiba dapat idea "apa kata kalau aku try tekan LEVEL B2 plak" aku pown tekan LEVEL B2 (ting) dan sampai, aku angkat tangan dan berdoa.............Akhirnya aku sampai jugak! (yeah!)

PERINGATAN : Kalau parking kereta tengok la no. basement yang ada dekat setiap tiang tu, kalau tidak al-maklum la ya.. :)